Saturday, June 27, 2009

bermain- main dengan cita- cita

Aku sebenarnya tak ada cita- cita tetap pun. Heh. Buat malu je. Bukan apa, nak ambil sains tapi otak aku ni kadang- kadang blur dalam sains. Tak belajar dari hati. Kadang- kadang rasa macam ini, "penatnyaaaaa lah belajar". Tapi disebabkan penulis ni bernama Amilah, jadi dia berfikiran positif dan sangat positif. $%@&+!

Jom, bermain- main dengan cita- cita.

1. Aku nak belajar bahasa- bahsa lain. Pandai grammar, terer vocab dan boleh cakap. Pastu kita terjemah buku! Inilah formula orang dulu- dulu nak jadi bijak. Ambil ilmu yang kita tak tahu pastu belajar. Khalifah kerajaan Umaiyah dan Abbasiyah mesti berbangga dengan cita- cita (sahaja) ini. Hemo hemo hemo.

Yang paling best, aku nak belajar bahasa Siam. Sebabnya nanti- nantilah cakap.

2. Bila dah kaya buat terjemahan, buatlah benda lain pula.

kredit kepada Nisah Haron.

Nanti lori aku ada belang- belang hitam oren (semangat Malaysia!) :p
Lori- lori macam ini akan masuk ke celah- celah kampung dan desa dan sawah padi dan felda- felda. Buku ini mestilah hendak dijual tapi aku bagi jualan kredit. Bayar sikit- sikit sampai penuh. Ingat buku murah ke? Kalau aku beli pun selalunya rm30. Takkan nak jual buku cikai kot kat budak- budak pedalaman ni. Nanti kalau ada apa- apa masalah pendidikan, mesti nanti cakap "Kesianla budak kampung. Diorang tu bukanlah pandai sangat/ tak faham apa/blabla" Sampai bila minda kita asyik nak fikir macam tu tanpa buat penyelesaian?

*gambar itu di Riau, Sumatera.

3. Aku nak jual straw, penyedut minuman. Bayangkan kalau aku buka syarikat jual straw di Kuantan. Aku bagi jual dekat semua sekolah di Kuantan ni. Banyak juga untung ni. Tapi malangnya, straw ni synthetic polymer aar. Straw ni susah terurai dan mencemarkan alam sekitar (sila tulis dalam esei chemistry anda untuk soalan synthetic polymer!)

Jadi, apa kata kita ambil chemical engineering dan buat straw yang mesra alam? ha ha!

4. Buka kedai roti dan kek. Kek coklat berkrim dan bukan sekadar roti empat segi gardenia.

5. Belajar bahasa klasik Melayu dan Siam supaya saya tahu yang mana satu betul dan mana satu faham. Aku suka sangat baca sejarahnagarakedah dan sejarahnagarakedag sampai aku dah malas dan penat nak baca =.=

Bila dah tahu fakta yang sahih (kira kena jadi pengkaji sejarah), aku akan tulis buku dan jual.

Dan kebanyakan cita-cita yang main-main ini adalah berasaskan untung. Heh. Tapi bukan semata- mata kapitalisme okeh. Btw, ini cuma main- main lah.

Tuesday, June 23, 2009

#2

aku suka ais
dan kunyah ais
dan aku rasa gigi aku rompong

#1

bawa saya ke langit
biar hati tidak terbeban

Wednesday, June 10, 2009

do you wear suspenders?

Semalam aku mimpi dalam mimpi. mimpi dua lapis. macam bawang yang kurang lapisan. yang paling best, watak dalam mimpi aku tu Eh Poh Nim dan Eh Poh Lun. ha ha!
Inilah akibatnya kalau baca buku ini sebelum tidur.

kredit kepada penulis. memang best ah buku ni.
*Sila dapatkan buku ini di kedai popular (atau mana-manalah yang ada) berhampiran anda :D